Siasatan Edisi Siasat

Pada 22 Oktober 2021, Edisi Siasat mendedahkan salah laku pelbagai agensi penguat kuasa termasuk tiga pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang didakwa mencuri wang tunai bernilai jutaan ringgit. Oleh itu, pihak polis sedang giat mengesan siapakah individu disebalik identiti dan akaun terbabit. Tambahan pula, pihak polis sudah pun meminta bantuan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mengesan pemilik akaun laman sosial terbabit.[14]

Pada 7 November 2021, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah mendapat 13 laporan polis dan sedia menyiasat entiti ini. Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani menegaskan bahawa polis sudah membuka 13 kertas siasatan bagi menyiasat berhubung perkata itu. Beliau menambah bahawa pihak polis sudah buka 13 kertas siasatan untuk menyiasat dan mengenal pasti pihak yang berada di belakang Edisi Siasat.[15]

Pada 13 Januari 2022, pihak Polis Negeri Sembilan sedia menyiasat dan membuka kertas siasatan berhubung kenyataan pemilik akaun Twitter, Edisi Siasat. Edisi Siasat mendakwa yang pihaknya terlibat dalam kehilangan barang kes iaitu wang tunai berjumlah lebih RM600,000 pada Mei 2020. Siasatan ini dijalankan mengikut Sekyen 500 Kanun Keseksaan iaitu fitnah. Semalam tular di laman Twitter mengenai pendedahan ‘Edisi Siasat’ berhubung satu laporan polis bertarikh 5 Mei 2020 yang dibuat seorang lelaki berhubung kehilangan wang tunai lebih RM600,000 miliknya ketika ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban.[16]

Pada 30 April 2023, Menteri Komunikasi, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil menegaskan bahawa akaun Telegram bernama ‘Edisi Siasat’ menyebarkan info palsu dan meminta orang ramai supaya tidak terpedaya. Beliau juga menambah info-info yang disebarkan ini sengaja direka-reka pihak yang membenci Kerajaan Perpaduan.[17]

Rujukan

WikiPedia: Edisi Siasat https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/05... https://www.kosmo.com.my/2024/05/10/saya-akan-laks... https://www.kosmo.com.my/2023/04/30/akaun-telegram... https://www.cinca.news/2021/10/edisi-siasat-kini-d... https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/11/775071/... https://harapanmadani.com/twitter-gantung-akaun-ed... https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/... https://www.mynewshub.tv/2022/02/akaun-twitter-edi... https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/05... https://www.kosmo.com.my/2022/01/13/polis-negeri-s...